Monday, February 7, 2011

10 TIP KURANGKAN DARAH GEMURUH BERSANDING

Saat kompang melagukan iramanya, pasti banyak mata yang memandang. Mencari di mana arah kompang yang melagukan irama itu. Saat itu jugalah degupan jantung seakan-akan berhenti. Mata saling bertentangan dengan pasangan dan genggaman tangan semakin kuat bersatu. Beginikah debaran yang akan dilalui oleh bakal mempelai semasa tibanya majlis persandingan? Atau lebih hebat debarannya? Tip di bawah, boleh membantu anda yang mempunyai darah gemuruh tatkala tibanya hari persandingan.



1. Jaga pemakanan


Beberapa bulan sebelum tibanya hari persandingan anda, jagalah pemakanan dengan betul. Makanan yang berminyak, berkalori tinggi, akan memudahan kita mendapat darah gemuruh. Pemakanan yang sihat akan membantu kita mendapat kesihatan yang baik. Selain itu, penjagaan pemakanan sebelum tibanya hari persandingan bukan sahaja boleh membantu menghilangkan darah gemuruh, malah boleh membantu badan anda langsing bak model.


2. Bersedia menghadapi segala kemungkinan


Harapan untuk mempunyai majlis persandingan yang sempurna pastinya menjadi idaman setiap bakal mempelai. Namun, panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tatkala paluan kompang enak melagukan iramanya, hujan pula turut dengan lebatnya. Jika perkara ini berlaku, pastikan anda sudah mempunyai rancangan yang lain agar tidak tergendala. Andai anda bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku, pasti darah gemuruh boleh dielakkan.


3. Lakukanlah solat hajat


Sebagai umat Islam, pasti anda tahu apa yang perlu dilakukan jika mempunyai saat-saat yang mendebarkan. Buatlah solat hajat pada malam sebelum akad nikah dan juga hari persandingan. Berdoalah agar dipermudahkan segala urusan dan juga mengurangkan darah gemuruh tatkala tibanya hari persandingan.


4. Buatlah latihan


Pada kebiasaannya, jika majlis persandingan dilakukan di hotel ataupun dewan, pasti ada latihan ataupun ‘rehearsal’. Ajaklah pasangan anda untuk membuat latihan bersama-sama seperti berjalan ketika memasuki dewan utama ataupun duduk di atas pelamin. Sekurang-kurangnya, anda tidak akan terkejut apabila tiba hari persandingan.


5. Kawal pernafasan


Teknik pernafasan sebenarnya mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan darah gemuruh. Oleh itu, kawallah pernafasan anda ketika berjalan menuju ke pelamin. Jangan terburu-buru dan sedikit sebanyak, pernafasan anda boleh dikawal. Caranya, tarik dan hembuskan nafas anda perlahan-lahan. Lakukan dengan kerap supaya darah gemuruh anda akan hilang dengan sendirinya.


6. Fikirkan positif, hilangkan negatif


Darah gemuruh sebenarnya terhasil daripada diri kita sendiri. Hal ini berlaku kerana, kita terlalu risaukan akan tanggapan orang atau tetamu yang datang. Adakah baju cantik atau solekan terlalu tebal? Hilangkan yang negatif dan cubalah berfikiran positif. Yakinlah pada diri anda bahawa andalah yang paling cantik pada hari itu.


7. Senyum!


Senyum penawar duka. Oleh itu, senyumlah dengan penuh yakin pada tetamu yang hadir meraikan hari persandingan anda. Tatkala mengukirkan senyuman, bukan sahaja tetamu turut gembira, malah pasangan yang berada di sebelah pun akan tergoda melihat anda.


8. Cermin


Cermin pastinya boleh dianggap sebagai rakan karib. Jika tiada rakan yang boleh membantu anda menghilangkan darah gemuruh, maka jadikanlah cermin sebagai sahabat kedua anda.


9. Banyakkan berdoa


Selain menunaikan solat hajat, doa merupakan ubat yang paling mustajab. Berdoalah di mana-mana sahaja tatkala anda berjalan di laluan ke pelamin. Selawat ke atas nabi dan ayat kursi boleh mengurangkan darah gemuruh anda itu.


10. Genggamlah tangan pasangan


Hati dan juga fikiran yang tidak tenang menyebabkan berlakunya darah gemuruh. Perkara yang paling baik untuk mengawal darah gemuruh ialah dengan memegang tangan pasangan anda. Genggamlah dengan penuh erat supaya si dia tahu bahawa anda memerlukan sokongannya tatkala itu. Bahasa badan sahaja yang mampu mengungkapkan perasaan anda ketika itu. Jadi, lakukanlah dengan sebaik


~ infor dari pesona pengantin ~

No comments:

Post a Comment