Sunday, February 27, 2011

PERMINTAAN DARI ADIK IPARKU UNTUK TEMAN-TEMAN IBUNYA




TEMPAHAN OLEH ADIK IPARKU ~ LINA

Tempahan dari adik iparku LINA untuk sedara-maranya dirumah







TEMPAHAN OLEH RAKAN SUAMIKU DAN RAKAN SEPEJABATKU

1st order dari rakan sepejabat suamiku untuk anak-anak jirannya... (Utk kali ini tempahan tidak mengunakan box oreo, lebih mudah dan menjimatkan)


~ save the planet ~



(Oreo choclate tempahan dari rakan suamiku ~ Edible Image Ben10)



(oreo choclate tempahan dari Kak Pah rakan sepejabatku ~ katanya untuk bonda tercinta)


Sunday, February 20, 2011

JUREEZ HOMEMADE CHOCOLATE


Chocolate praline yang telah di warnakan


Lolichoc pelbagai warna dan rekabentuk





Chocalate Orea


Chocalate box sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah atau pun hantaran perkahwinan

Tuesday, February 15, 2011

Sunday, February 13, 2011

WEEDING COLOUR

Boleh dijadikan panduan untuk tema majlis perkahwinan anda. warna yang menarik serta sesuai untuk hantaran perkahwinan masa kini..



























Monday, February 7, 2011

10 TIP KURANGKAN DARAH GEMURUH BERSANDING

Saat kompang melagukan iramanya, pasti banyak mata yang memandang. Mencari di mana arah kompang yang melagukan irama itu. Saat itu jugalah degupan jantung seakan-akan berhenti. Mata saling bertentangan dengan pasangan dan genggaman tangan semakin kuat bersatu. Beginikah debaran yang akan dilalui oleh bakal mempelai semasa tibanya majlis persandingan? Atau lebih hebat debarannya? Tip di bawah, boleh membantu anda yang mempunyai darah gemuruh tatkala tibanya hari persandingan.



1. Jaga pemakanan


Beberapa bulan sebelum tibanya hari persandingan anda, jagalah pemakanan dengan betul. Makanan yang berminyak, berkalori tinggi, akan memudahan kita mendapat darah gemuruh. Pemakanan yang sihat akan membantu kita mendapat kesihatan yang baik. Selain itu, penjagaan pemakanan sebelum tibanya hari persandingan bukan sahaja boleh membantu menghilangkan darah gemuruh, malah boleh membantu badan anda langsing bak model.


2. Bersedia menghadapi segala kemungkinan


Harapan untuk mempunyai majlis persandingan yang sempurna pastinya menjadi idaman setiap bakal mempelai. Namun, panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Tatkala paluan kompang enak melagukan iramanya, hujan pula turut dengan lebatnya. Jika perkara ini berlaku, pastikan anda sudah mempunyai rancangan yang lain agar tidak tergendala. Andai anda bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku, pasti darah gemuruh boleh dielakkan.


3. Lakukanlah solat hajat


Sebagai umat Islam, pasti anda tahu apa yang perlu dilakukan jika mempunyai saat-saat yang mendebarkan. Buatlah solat hajat pada malam sebelum akad nikah dan juga hari persandingan. Berdoalah agar dipermudahkan segala urusan dan juga mengurangkan darah gemuruh tatkala tibanya hari persandingan.


4. Buatlah latihan


Pada kebiasaannya, jika majlis persandingan dilakukan di hotel ataupun dewan, pasti ada latihan ataupun ‘rehearsal’. Ajaklah pasangan anda untuk membuat latihan bersama-sama seperti berjalan ketika memasuki dewan utama ataupun duduk di atas pelamin. Sekurang-kurangnya, anda tidak akan terkejut apabila tiba hari persandingan.


5. Kawal pernafasan


Teknik pernafasan sebenarnya mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan darah gemuruh. Oleh itu, kawallah pernafasan anda ketika berjalan menuju ke pelamin. Jangan terburu-buru dan sedikit sebanyak, pernafasan anda boleh dikawal. Caranya, tarik dan hembuskan nafas anda perlahan-lahan. Lakukan dengan kerap supaya darah gemuruh anda akan hilang dengan sendirinya.


6. Fikirkan positif, hilangkan negatif


Darah gemuruh sebenarnya terhasil daripada diri kita sendiri. Hal ini berlaku kerana, kita terlalu risaukan akan tanggapan orang atau tetamu yang datang. Adakah baju cantik atau solekan terlalu tebal? Hilangkan yang negatif dan cubalah berfikiran positif. Yakinlah pada diri anda bahawa andalah yang paling cantik pada hari itu.


7. Senyum!


Senyum penawar duka. Oleh itu, senyumlah dengan penuh yakin pada tetamu yang hadir meraikan hari persandingan anda. Tatkala mengukirkan senyuman, bukan sahaja tetamu turut gembira, malah pasangan yang berada di sebelah pun akan tergoda melihat anda.


8. Cermin


Cermin pastinya boleh dianggap sebagai rakan karib. Jika tiada rakan yang boleh membantu anda menghilangkan darah gemuruh, maka jadikanlah cermin sebagai sahabat kedua anda.


9. Banyakkan berdoa


Selain menunaikan solat hajat, doa merupakan ubat yang paling mustajab. Berdoalah di mana-mana sahaja tatkala anda berjalan di laluan ke pelamin. Selawat ke atas nabi dan ayat kursi boleh mengurangkan darah gemuruh anda itu.


10. Genggamlah tangan pasangan


Hati dan juga fikiran yang tidak tenang menyebabkan berlakunya darah gemuruh. Perkara yang paling baik untuk mengawal darah gemuruh ialah dengan memegang tangan pasangan anda. Genggamlah dengan penuh erat supaya si dia tahu bahawa anda memerlukan sokongannya tatkala itu. Bahasa badan sahaja yang mampu mengungkapkan perasaan anda ketika itu. Jadi, lakukanlah dengan sebaik


~ infor dari pesona pengantin ~

Sunday, February 6, 2011

KATIL SERIKAN BILIK TIDUR

~ Katil dan tilam bukan saja penting untuk kelihatan menarik bahkan ia harus selesa dan menyihatkan. ~

PEMILIHAN reka bentuk katil dan jenis tilam yang betul bukan saja dapat menyokong kesihatan badan tetapi elemen ini juga dapat membantu menyerlahkan hiasan dalaman sesebuah kediaman tanpa mengira keluasan ruang berkenaan.

Malah, ada yang sanggup berhabis untuk mendapat keselesaan ketika tidur kerana ia adalah permulaan kehidupan yang lebih bermaya, cergas dan sihat keesokan harinya selain menjamin kurang risiko sakit belakang.

Jururunding hiasan dalaman, Jamilah Ahmad, berkata pemilihan dua barang asas ini banyak bergantung kepada kemampuan dan cita rasa seseorang, sama ada memilih katil ringkas, berkerawang yang diperbuat daripada kayu ataupun besi.

Beliau berkata, bagi memilih jenis tilam pula, kebanyakan pemilik kediaman lebih gemar tilam spring kerana ia menyokong tulang belakang dengan baik dan pada masa sama harganya tidak terlalu mahal dan mampu dimiliki.

Malah untuk rasa lebih selesa, ada yang melengkapkan bilik tidur dengan pelbagai peralatan seperti lampu tidur dan set radio, mengikut perkembangan semasa selain pemilihan katil dan tilam yang betul.

“Sama ada rumah sendiri atau sewa, hiasan dalaman terutama bilik tidur bergantung kepada jenis rumah yang dimiliki. Sama ada banglo, teres dan pangsa; ada cara tersendiri untuk dihiasi supaya tampak cantik, seimbang dan paling penting selesa.

“Biasanya, setiap bilik dilengkapi katil, almari pakaian, meja solek dan jika ruang berkenaan besar ia boleh dimuatkan dengan televisyen dan kabinet tambahan. Ada yang menjadikan bilik tidur itu sebagai tempat bekerja,” katanya.

Katanya, pemilik kediaman yang mempunyai keluasan bilik terhad lebih cenderung membeli katil bujang kerana mudah dikemaskan selain mempunyai saiz kecil. Bagaimanapun, ia tidak sesuai untuk yang berumahtangga.

Beliau berkata, generasi muda hari ini lebih gemar memilih katil diperbuat daripada kayu jati dan maple bermutu tinggi selain reka bentuk moden. Pilihan warna cadar pula perlu sesuai dengan warna dinding dan langsir dalam bilik berkenaan untuk mengelakkan suasana semak dan serabut.

katanya, pemilihan bentuk katil juga hendaklah disesuaikan dengan bilik. Bagi bilik anak remaja dan bujang, letakkan katil bersaiz kecil atau dua tingkat untuk menjimatkan ruang terutama jika memiliki rumah kos rendah.

“Katil besar yang diperbuat daripada kayu atau besi biasanya menghiasi bilik tidur utama. Untuk tampak lebih manis, ada yang menghamparkan permaidani kecil bercorak halus atau warna polos di hujung kaki katil,” katanya.

Beliau berkata, jika mempunyai bilik tetamu, boleh melengkapkannya dengan katil bujang atau katil saiz sederhana kerana tetamu yang datang biasanya lebih selesa dalam bilik yang ringkas dilengkapi almari pakaian dan cermin besar.

“Apa yang penting ialah pemilihan katil dan tilam perlu bersesuaian dengan bajet tetapi perlu memastikan ia tidak akan menyebabkan kesakitan pada anggota badan. Katil dan tilam adalah dua elemen penting yang tidak boleh dilupakan,” katanya.

Panduan memilih katil:

* Tentukan saiz yang sesuai dengan keluasan bilik.
* Jika memiliki bilik yang luas, anda boleh memilih reka bentuk katil yang sarat. Sebaliknya pilih rekaan yang ringkas jika bilik anda kecil dan sempit.
* Beli tilam yang dapat menyokong berat badan anda. Tilam diperbuat daripada getah harganya agak mahal tetapi memberi keselesaan.
* Dapatkan nasihat pakar jika anda membeli tilam udara atau air.
* Buat ujian ketahanan kepada katil yang dipilih. Pastikan ia tidak bergoyang atau berkeriut kerana ini menimbulkan rasa tidak selesa.
* Jika membeli katil besi, pastikan ia bebas calar. Pastikan tiada skru yang hilang.
* Bagi katil dua tingkat atau beroda, pastikan sambungannya kukuh dan roda dalam keadaan baik.
* Untuk menjimatkan ruang dan wang, anda boleh memilih katil dwifungsi (katil sofa). Selain tidak memerlukan bilik khas, ia berfungsi sebagai sofa di ruang tamu.

Pastikah tilam diganti

TIDUR adalah rehat yang sangat penting bagi memastikan kita menikmati kesegaran sepanjang hari. Tetapi bagaimana cara terbaik mendapatkan tidur yang nyenyak? Katil dan tilam empuk menjanjikan tidur lena serta rehat yang sempurna.

Pernahkah anda mengalami sakit belakang atau leher yang berlanjutan sebaik bangun dari tidur? Ia mungkin disebabkan kedudukan badan ketika tidur dan ini banyak dipengaruhi keadaan tilam. Bagaimana menentukan bila anda memerlukan tilam baru?

Berikut panduan yang boleh diikuti.

* Adakah katil anda sudah melebihi 10 tahun?
* Pernahkah anda bangun tidur dan mengalami sakit belakang atau sakit leher yang berpanjangan?
* Bagaimana rupa tilam anda tanpa cadar? Adakah ia penuh dengan tanda kotor atau sudah koyak?
* Bolehkah anda rasa bonjolan spring setiap kali anda baring?
* Apabila anda beralih, dapatkah anda dengar pelbagai bunyi? Jika ya, ini menandakan katil anda sudah uzur.
* Adakah anda sering tergolek ke arah pasangan anda secara tidak sengaja ketika beralih badan? Jika ya, ini bermakna tilam anda sudah kehilangan sokongan.
* Adakah anda merasakan katil sudah sempit untuk anda berdua? Selalukah pergerakan anda mengganggu tidur pasangan anda?
* Adakah tilam anda sudah hilang keanjalan? Apabila anda baring, tilam akan berlekuk mengikut bentuk badan anda dan tidak kembali ke bentuk asal atau permukaan tilam menjadi tidak sekata.
* Periksa kaki katil anda, adakah ia rosak?
* Adakah anda akan berasa malu jika jiran melihat tilam anda yang tidak bercadar? Jika ya, anda tahu apa yang perlu dilakukan.

Infor Daripada Berita Harian



RAHSIA PSIKOLOGI WARNA


Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna utama : merah, hijau, kuning dan biru.

Biarpun tidak dapat dinyatakan daripada sudut saintifik, umum menerima warna mempunyai karektor atau sifat yang berbeza dan mempunyai pengaruh dalam setiap aspek kehidupan manusia, termasuk personaliti.

Merah – Melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mempercepatkan denyutan nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan berahi.

Merah terang – Mewakili kekuatan, kemahuan atau cita-cita. Warna ini turut melambangkan agresif, aktif, kemahuan keras, penuh ghairah dan dominasi.

Merah jambu – Romantis, feminin, pengemas dan penuh jenaka.

Biru - Ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi dan pernafasan sekali gus membantu meningkatkan kesihatan diri.

Biru tua – Melambangkan perasaan yang mendalam. Bersifat perasa, bersikap tenang, bijaksana, tidak mudah tersinggung dan mempunyai ramai kenalan.

Biru muda – Warna ini melambangkan keteguhan dan bertahan. Bagaimanapun, penggemarnya sedikit keras kepala, sering bangga diri dan berpendirian tetap.

Kuning – Mewakili sifat kegembiraan, cukup santai, mempunyai cita-cita setinggi langit.

Kuning terang – Melambangkan sifat spontan dan toleransi. Begitu menonjol tetapi berubah-ubah sikap, suka berharap dan dermawan.

Hijau – Melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan keras hati. Mempunyai peribadi yang keras dan berkuasa. Warna ini mampu meningkatkan rasa bangga. Penggemar warna ini sering menjadi pilihan untuk mendapatkan nasihat.

Kelabu – Samar-samar karektornya. Kecenderungan lebih neutral.

Hitam – Melambangkan kehidupan yang terhenti dan memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan dan kerosakan.

Coklat – Suka merebut, tidak bertolak ansur, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

Ungu – Warna ini adalah campuran warna merah dan biru. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Tuesday, February 1, 2011

MAKSUD DAN WARNA BUNGA ROS

Let’s share the meaning and colurs of roses- Tentu anda ingin tahu maksud disebalik warna – warna bunga ros. Bunga Ros merupakan simbol pemberian atau hadiah yang mencerminkan rasa kasih dan sayang serta penghargaan.Tak hairanlah apabila bunga ros sangat diminati dan menjadi pemberian yang paling popular. Info-info sebegini sedikit sebanyak boleh membantu kita dalam memberi petunjuk tentang pemberian bunga ros kepada seseorang

Merah
Ros Merah adalah simbol tradisional yang menunjukkan rasa cinta dan romantik, juga a perfect time to say ‘I Love You’. Ia adalah lambang kecantikkan dan ‘perfection’. Manakala sejambak ros merah pula, adalah cara terbaik untuk melahirkan rasa suka/sayang yang mendalam terhadap seseorang yang ‘special’


Pink
Ros ‘Pink’ adalah simbol kelembutan dan ‘elegant’. Selalunya pemberian ros ‘pink’ adalah mencerminkan ‘admiration’. Ia juga melambangkan penghargaan dan keriangan.Sejambak ros ‘pink’ selalunya memberi maksud yang sama seperti ros merah tetapi tidaklah secara ‘direct’

Kuning
Warna terang dan cerah ros kuning adalah simbol kehangatan dan keriangan. Keceriaan warna ros kuning biasanya mencerminkan pertalian persahabatan yang utuh. Sememangnya sejambak ros kuning melambangkan keseronokkan dan ‘friendship’


Putih
Ros putih mewakili simbol simpati dan ketulusan hati juga secara tadisionalnya dikaitkan dengan perkahwinan dan permulaan sesuatu perhubungan. Ros putih juga memberi makna ‘honor’ dan ‘amazement’. 'Arrangement' ros putih boleh menimbulkan suasana yang dikenang sepanjang zaman


Jingga

Dengan warnanya yang garang dan membara, ros jingga memberi gambaran ‘desire & ethusiasm’. Warnanya juga adalah simbol keinginan yang tinggi juga dikaitkan dengan rasa kasih yang fanatik. Sejambak ros jingga boleh memberikan impak yg besar kepada penerimanya

Lavender
Ros ‘Lavendar’ jarang ditemui di negara kita. Namun keindahanya yang unik boleh memikat hati dan imaginasi kita. Dengan warnanya yang fantastik adalah ‘perfect symbol’ kepada tarikan hati. Sejambak ros ‘lavendar’ mengatakan ‘love at first sight’

Tips ~ dan panduan maksud disebalik warna ros adalah untuk membantu anda memilih warna dan dalam masa yang sama menyampaikan maksud hati anda kepada pasangan. Namun peranan bunga ros amatlah besar dalam hiasan gubahan sesebuah hantaran terutama ‘fresh roses’ nampak sgt menarik dan esklusif. For more info about flowers and meaning, feel free to visit www.proflowers.com